Thursday, January 19, 2012

cerpen: aku milikmu


          
“Hanna!!!aku ada berita gumbira mau habaq kat hang ni?”jerit suara Akmal Haziq dari corong telefon.
`Hmm,,,”sahut malas Farhana yang sedang mamai.Mana taknya sekarang baru pukul 3 pagi.
“Kau ni.cheer up le sikit kat aku yang tengah hepy ni.dengorla dulu pe yang aku nak habaq mai kat hang! Sat je!tak lama pun.’ pujuk Akmal Haziq.
`Huarghh,kau ni macam dah tak ada waktu lain je nak call aku? Ni time tido la bukan time bergosip-mosip.Aku baru je nak amik short nap.Kacau betula kau ni” marah Farhana kerana tidurnya diganggu oleh bestfriendnye ni’.Bestfriendla sangat’desisnya.
`Weyh,aku nak cakap ni.kau jangan terkejut pulak tau!’
`Pe dia?cakap jela.dari tadi cakap perkara yang sama je…..’menguap Farhana
`Aku Akmal Haziq bakal menikah dengan Emily,I mean Amalina’ jawab Akmal Haziq sambil ketawa keriangan ala-ala kanak –kanak ribena..
“Hah???”terbeliak mata Farhana usai sahaja mendengar ucapan yang didengarinya sebentar tadi.
’Bior benor kau ni, Mal? kau jangan nak wat lawak antarabangsa pepagi buta ni dengan aku! Serius ni tak lawak,okey!” berkerut muka Akmal Haziq mendengarnya.
“Hey,girl.I`m serius la ni.Bila lak aku kata aku wat lawak antarabangsa!’bengang Akmal bila Farahana tak percaya kata-katanya.
“OMK!(oh mak kau)So bile langsungnya”tanya Farhana dengan ceria namun tiada siapa tahu apa disebalik senyuman itu.
“Next week bersamaan next month aku merisik dia.Jangan jeles.hahaha”ketawa keriangan Akmal Haziq.
“Hush,perasan la kau mal.Takat kau je tak jeles la aku!pape pon aku tabik la kat kau bro!Syabas bate!’ jawab Farhana yang membuatkan Akmal Haziq kembang setaman.’Tengok kakila,sis!’desisnya.
“Well-well ,bukan nak riak tapi memang pun.Aku ni kan superbeb”ketawa Farhana meletus mendengarkan ucapan Akmal.”Aku dah agak dah kau mesti shock kan bila dengor cerite  ni.Tu yang aku habaq awal-awal kat hang!hang la orang first aku citer!’dah mai dah lorat utara Akmal Haziq.
“Yela,Mal.Pape pun semoga berbahagia ye.Congrats bro!’ucap Farhana sebelum menekan punat merah di telefon blackberrynya.Farhana melekapkan tangan didadanya sambil memikirkan masa depannya.Gelap atau cerah menjadi pilihannya nanti.
     
        And you've got a smile that could light up this whole town
         I havent seen it in awhile, since she brought you down

=================
“Hei,Dr. Akmal Haziq termenung nampak? Nak order pape tak? Aku nak pi kaunter ni.’tanya Farhana.
“Hmm,,,Orderkan aku Nescafe kurang manis jela...’jawab Akmal Haziq longlai sementara Farhana mengatur langkah ke kaunter membeli minuman sebelum pulang semula ke meja.
“Kau ni apa pasal moody  je.Period ea?”tanya Farhana.
“Heklu,.Aku sakit la ,Hana”jawab Akmal selepas meneguk air Nescafe yang dipesannya.
“Makan ubat la dr oi…..nama je dr tapi bila sakit dah macam pesakit kat tampoi saje!’dengus Farhana.
“Aku sakit lain la…ubatnya tak ada kat sini tapi ada kat Paris je..”runsing Farhana mendengarnya. “Penyakit apa la yang telah menyerang kawanku ini?’
“Cuba kau cakap kat aku kau sakit pe?kau fikir kat Malaysia ni tak cukup ubat ke?”tanya Farhana yang risau tengok rakan sekerjanya chum bestfriend chum pakwe…ehh,,bukan-bukan melebih pulak aku ni!
“Aku sakit cinta! Kau tak akan paham!kau tak pernah kena panahan cinta! kau pe tau!”jiwang Akmal.
Bagai terputus fius telinga Farhana mendengar ucapan yang dilontarkan oleh Akmal. “Hei,aku pernah okey.Aku lagilah sakit berbanding kau tau.Pernah kau rasa kecewa bile pakwe kau nak kawin dengan orang lain.Pernah?Pernah?” terkejut Akmal mendengar kata – kata Farhana.
‘Bila pulak perempuan ni bercinta ea?Setahu aku dia doploh pat jam dengan aku je?’garu Akmal di kepalanya yang tidak gatal. “Wah dah maju rupanya budak ni,tak habaq mai kat aku pon!!’desis Akmal.
Farhana mengacau-ngacau air teh yang dibelinya sebelum meneguknya perlahan-lahan. “Relaks la,sis.Controla ayu sikit.Janganla marah-marah takut boboy.Hahah” pecah ketawa Farhana mendengarkan percakapan Akmal.
Dr. Chan yang lalu disebelah meja mereka tertarik untuk mengikuti perbualan mereka sambil membawa secawan kopi meminta izin untuk duduk disebelah mereka “Haiya,sweet couple,mau tumpang duduk boley?”ketawa Akmal berderai mendengar kata Dr. cina itu.`Haiya!mana ada maa~ kami ni bestfriend sajaa..Lagipun saya dah mau kawin maa~ tapi bukan dengan dia…’jawab Akmal dengan pantas.
Macam ada selori pasir baru tumpah sahaja di hati Farhana mendengarkan ucapan Akmal itu. “Haiya!saya ingat dia makwe awak la!bukan kamu selalu dengan dia ni ke?” lantas dr.cina itu menunding tangan kearah Farhana.`Actually,kita orang ni bestfriend sahajala uncle!’ujar Farhana sambil tersenyum.Senyuman palsu!
`Aiyoo! I ingat you all ni couple.Baru fikir nak kasi big present kat you all punya wedding!’ ujar Dr. Chan sambil menggaru kepalanya.`Hahahah,ada-ada sajala uncle ni!’jawab Akmal.
`Dulu I dengan my wife pun macam you all jugak.Kawan sama kawan maa~Last-last kahwin jugak.Tengok I  manyak hepi loo~’ cerita Dr. Chan.
Berderai ketawa Akmal dan Farhana mendengar celoteh Dr Chan dengan bahasanya.`Mana mungkin maa~’jawab Akmal dengan pantas.Baginya tak mungkin persahabatannya dengan Farhana akan sampai ke jinjang pelamin.Lagipula, mereka tak pernah langsung menyentuh isu-isu sensetif itu.
`Haiyak! You jangan riak ye? bila you dah kena panahan itu cinta,baru you tau?’ Dr Chan mengingati Akmal.Berderai ketawa Akmal mendengarnya.
“Hahaha.Ada-ada sahajalah uncle ni!’ujar Farhana. “Haiya,you tak mau percaya ka?You orang manyak cocok maa~sama lawa,sama pandai.Apa mau carik lagi?” tanya Dr Chan. Farhana hanya tersenyum simpul sahaja,sedangkan hatinya punyalah berbunga.
“Aiyoo…ya ke?”Akmal menanyanya Dr. Chan balik.Farhana langsung tak ikut campur dengan perbalahan doctor-doktor ni.`Aigogogo…kalau macam ni la gamaknya,baik aku cabut.Hati aku ni dah macam swing-swing dah.Sorang bela aku, sorang lagi asyik menepis dan tolak je.Cubalah buat campur!’desis Farhana dengan mengurut dahinya yang makin tebal lapiisannya.

“Iya lorhh..” jawab Dr. Chan.Baru je dia hendak sambung perbualannya, namun telefonnya berdering. ‘Haiyaa..mintak diri dulu maa~ on call la!” kata Dr Chan sambil meneguk airnya. ‘You all memang ada jodoh.Saya percaya!” sambungnya lagi sambil mengenyit mata.

Akmal dengan Farhana hanya menganguk sahaja kepala melihat doktor cina itu berlalu.Akmal percaya apa yang dicakap oleh doktor cina itu hanya gurauan semata-mata tetapi tidak bagi Farhana! Dia percaya kalau ada jodoh tak ke mana punya!
“Wei, minggu depan aku nak tunang kau nak ikut mak aku pergi rombongan rumah bakal isteri aku tak?’tanya Akmal.Biasalah rumah Farhana dengan Akmal memang tidak jauh.Tambahan pula, ibu bapa Akmal itu bekas gurunya.
“Ermm..aku fikir dulula…Tak jelous pulak bakal isteri kau pulak tengok aku nanti?’ jawab Farhana.
“Tak mungkinlah dia nak marah.Lagipun Emily tu kan baik,lemah lembut and……” baru hendak memuji lebih bakal isteri Farhana menyuruhnya berhenti bercakap.
“Okey-okey.Biar aku sambung and etc okey.Aku ni perempuan tulen bukan lelaki,so toksah kau nak melobi bakal isteri kau kat aku ye?’ Akmal ketawa mendengar kata sahabat baiknya itu.
Sedang mereka asyik berbual,telefon bimbit milik Akmal sony xperia bernyanyi lagu banmal song dari Yong Hwa.”Yuhuu,Hana tengok my darling dah call.Macam tau-tau saja!Aku chow dulu ye!’ Akmal terus bangun dan keluar dari kafe tersebut.
Farhana hanya mampu memerhati gelagat Akmal yang gembira menjawab panggilan dari Emily yang kini sedang berkursus di Paris.`Ya ALLAH,berikanlah aku kekuatan”doa Farhana dihatinya.

EMILY   terduduk dek kepenatan selepas majlis pertunangan yang dilangsungkan pada hari ini.Syukur majlis hari ini berjalan dengan lancar.Selasailah sudah dia menjadi tunangan kepada Akmal Haziq.Dia berharap sekali dengan pertunangan  Asyraf berhenti dari menggangu hidupnya.Dia sudah penat berlari dari lelaki itu.Mungkin pertunangan ini ada hikmahnya, walaupun dia tidak pernah cintakan Akmal secara tulus tapi dia pasti cinta itu mampu dipupuk selepas kahwin nanti.Mudah-mudahan segala urusannya dipermudahkan-NYA.
Dia mengimbau kembali ingatannya sewaktu dia mula mengenali Asyraf di sebuah syarikat yang menjual kain yang terbesar di Malaysia.Dia selaku designer terpaksa turun padang apabila salah seorang pekerja syarikatnya cuti bersalin dan menjalinkan kerjasama bersama Asyraf.
Pada mulanya Asyraf memang sangat baik,kawan yang prihatin.Semakin mengenalinya terserlah kebaikannya.Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, belang Asyraf mula terserlah apabila mereka bercinta.Apabila ada yang tak kena sikit je,pasti tangannya akan melayang dimukanya.Tidak cukup pula itu,dia sama sekali tidak dibenarkan berkawan dengan mana-mana lelaki.Arghh,,lelaki itu memang sadis!Belum kahwin lagi sudah pandai pukul orang.Entah bagaimana pula bila sudah mendirikan rumah tangga.Tak tahan lama agaknya!Walaupun sekarang ni mereka sudah putus,Asyraf seperti tidak mengerti dan selalu mengekoriya.Ini yang membuatkan dia mengambil keputusan untuk mengahwini seniornya yang sememangnya sudah lama mendambakan cintanya.Dia yakin tidak salah pilihannya itu.Lagipula ada pepatah pernah mengatakan bercintalah dengan orang yang menyangi kita,bukan orang yang kita suka!’

‘DAMN you!”jerit Akmal dari dalam kereta Lancernya lalu mencampakkan telefon bimbitnya ke kusyen kereta.Dia sudah naik gila kerana sudah 3 hari Emily tidak menjawab panggilannya.Majlis perkahwinan mereka tinggal lagi beberapa minggu lagi sahaja.Cincin belum beli,Baju nikah belum pilih,pelamin lagilah! Haiyoo,apa mau jadik ni”pening Akmal memikirkannya.
Tok,tok!
Cermin tingkap kereta Akmal diketuk oleh Rizman.‘Hoi!awat hang jerit-jerit? Hang nak pi jadik dr kat Tampoi ka?or jadik patient kat sane?” tanya Rizman sambil mengurut tengkuknya yang lenguh.
“Hish,kau ni! Dah tak ada kerja lain ke?Awat la aku nak masuk Tampoi.Belum kawin lagi tau.Merana la kalau aku macam ni!!’jelas Akmal.Rizman hanya diam dan berlalu ke tempat duduk penumpang.Panaslah dok tercegat kat luar!
‘Hang ni dah nak pi kahwin tapi aku dok tengok hang ni moody je.Pasal pa? Cuba hang habaq mai kat aku,pe masalahnya??kot-kot aku leh tolong ke?’ujar Rizman sambil tangannya menaikkan suhu pendingin hawa.
“Aku ni bukan pe,just stress je!!aku ni sibuk-sibuk nak kahwin tapi bakal isteri aku ni macam kurang kesah je dengan wedding kita orang yang lagi berapa minggu je tinggal!!sebal Akmal dengan perangai Emily yang pelik.Dulu okey je, kalau call no problem,gi dating lagi okey! Yela dah terang-terang aku payung, mana tak naknya!!’desis Akmal sambil tangannya melonggarkan tali lehernya.
“Alah,mungkin dia busy kot.Hang mana tau kalau dia kat rumah dok sibuk gubah bunga ke? Buat pelamin ke?praktis masak ke?cubalah hang bawak bersabar?”nasihat Rizman.
‘Maybe kot!’ mungkin tapi tak semestinya benar ujar Akmal perlahan sebelum menyambung semula “ tapi kenapa dia tak angkat call aku?Phone pun mati? ” tanya Akmal.
“Itu small matter la.Kata mak aku kita kalau dah nak kahwin jangan selalu keluar or calling-calling ke?biar ada seri waktu kahwin nanti.Relax la bro!!” sangkal Rizman.
“Masalahnya kita orang belum beli cincin kahwin?” jawab Akmal semula.
“Ohh,,kenapa tak cakap awal-awal.Yang tu memang den tak dapat tolong la!’ keluh Rizman.
“Eh,Man.Hang nampak Farhana tak?’ dah beberapa hari dia tak nampak muka kawannya tu.Rindu la pulak bila ingat.
“Aik!!”berkerut muka Rizman mendengarnya.
“Asal lak!!tak kan pelik kot aku tanya pasal dia??!’ takkan salah dia tanya Farhana je.
“Bukan lah,kau ni!sikit-sikit Farhana.Sikit-sikit Farhana.Apakata kau kahwin jela dengan dia.Asyik nak berkepit je doploh pat jam!Haish!’bebel Rizman.
“Ala kau ni! Aku bukan apa dia selalu jadi pendengar masalah-masalah aku ni.So, aku nak jumpa dia la.Bukan nak kahwin pulak.Lagipun aku anggap dia tu tak lebih dan kurang sebagai kawan jela.Tak mungkin perhubungan kita orang akan bertukar ye!!” ujar Akmal sambil mengetuk-ngetuk kepala Rizman.
“Yelah tu.Aku ada idea!Apa kata kala kau pergi je beli cincin kahwin tu dulu dengan Farhana.Biar kasi surprise kat Emily tu!’Rizman memberi cadangan.
“Tapi jari siapa aku nak pakai?’ ujar Akmal sambil mengerutkan dahi.
“Siapa lagi Farhana la!kan dia sama je kecik besar  dengan tunang kau!” Akmal mengangukkan kepala sambil tersenyum.
“Cantiklah kalau macam tu!Aku call Farhana dulu la…”kata Akmal sambil jarinya menekan-nekan punat telifon.
                                       Standin by, waiting at your back door
                     All this time how could you not know that?

FARHANA mengambil cuti selama beberapa hari untuk menenangkan fikirannya yang sarat. Mak ai,kusutnya otak aku!Mak ada mula usulkan perkara kahwin-kahwin dah dengan aku ni! Yela,mana taknya kalau kawan baik aku, si Akmal dah nak kahwin.Takkan la aku nak membujang pulak. ‘Ingat keluarga mak tak ada yang Andartu tau!’pesan mak.
Oh superman,batman ,ultraman kan bagus kalau korang wujud.Boleh mintak tolong kat korang.Mesti amankan dunia ni! Tapi kalauAllah kata tak kun fa ya kun , tak akan aman juga dunia ni! Allah Maha Berkuasa.Sudah masuk hari kedua Farhana berada di Duta Village Beach Resort ni, namun dia masih lagi tak dapat melupakan kenangannya bersama si dia.
Sejak dari sekolah rendah mereka berkawan dan sampai sekaranglah dia tetap berada di sampingnya.Satu sekolah.Satu kelas.Satu U.Satu tempat kerja.Cuma satu hati belum mampu untuk dibentuknya.Masih segar diingatannya yang Akmal paling tak suka subjek Seni! Setiap kali cikgu Hailmy kasik tugasan pasti dia yang akan buatkan.Bila cikgu puji lukisannya. Bangga  pulak si Akmal ni.Macam dia yang buat!
Akmal juga pernah menangis disampingnya sewaktu mereka sekolah rendah kerana ibubapanya kerap bergaduh dan hampir bercerai.Akmal terlalu naïf sewaktu itu,sampai tak reti menutup rahsia sendiri.
‘Hah!’ keluh Farhana.Dia seperti sudah tidak mampu untuk melupakan lelaki itu!Seperti sudah sebati dengan dirinya bahawa Akmal akan sentiasa berada di dalam hatinya.Tetapi sayangnya lelaki itu sudah mahu berkahwin pun! Dah macam lagu The One That Got A Way pulak aku ni.
Baru sahaja minggu lepas Akmal mengajaknya pergi beli cincin kahwin. ‘TAPI” bukan untuknya.Tentu sahajalah untuk Emily.Katanya Emily lagi sibuk dengan fashion show syarikatnya itu yang dia suruh Farhana menemaninya.Sadis betul lelaki itu!
Emak ada suruh untuk melupakannya atau aku pasti merana! Tinggal lagi 2 minggu! Aku tak mampu! CINTA TIDAK SEMESTINYA HARUS MEMILIKI !
Tit…tit..Tit…tit…
Siapa pulak yang call aku malam-malam ni.Akmal!
                    
                  I cant help thinking this is how it ought to be
           Laughing on the park bench thinkin to myself
           Hey isnt this easy?


AKU terima nikahnya Ilya Farhana binti Hilman dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai..” lafaz Akmal Haziq.Sah!Sah!
Hanya sekali lafaz sahaja aku kini sah menjadi isteri kepada Akmal Haziq.Acara pembatalan air sembahyang dilakukan, Akmal mengucup dahiku.Terasa kehangatan dirinya buat kali pertama dalam hidupku.Jurukamera pula tidak habis-habis merakamkan detik-detik bersejarah kami.
Walaupun aku tahu Akmal mengahwiniku kerana terpaksa.Serius aku langsung tak kesah! Demi cinta aku kat dia aku sanggup jadi mak sanggup dia bukan pak sanggup ea?.Itulah penangan cintanya namanya!
Everything I do,I do it for you!heheheh

“AKMAL,so lepas ni apa yang aku perlu aku buat ea?”tanya Farhana kepada Akmal.
“Ermm…jadi isteri aku la.Apalagi..Yang kau ni asal tak buka tudung dari tadi tak panas ke?”Farhana terkejut!Yela,selama ni mana pernah aku buka tudung depan dia walaupun kitaorang bestfriend.
“Kenapa kau malu ea? Tak kan kau suka aku kot?” sakat Akmal lagi. ‘Memang aku suka kau!kau je yang tak perasan”ujar Farhana namun kata-katanya hanya mampu tersekat dihatinya sahaja.
Farhana membuka tudungnya perlahan-lahan lalu menguraikan rambutnya yang kerinting. Akmal yang baru first time tengok tergamam.Namun dia masih ingat batas-batasnya, yang dia berjanji tidak akan menyentuh Farhana.Takkan lah aku dengan mudah lupakan Emily.Tak mungkin!
“Farhana lepas ni kau tinggal kat rumah aku jela.Lagipun selagi aku masih suami kau, aku akan jalankan tanggungjawab.Lagipun aku yang paksa kau kahwin,so lepas ni kau tak payah menyewa jimat.Then,kau masak.Pasal barang dapur aku kasi duit kau beli sendiri” ujar Akmal sambil mengurut-urut tengkuknya yang masih keletihan melayan tetamu siang tadi.
“Hah!Err…….aku tak kesah la.” terkejut Farhana.Tak pernah pula dia terfikir untuk pindah rumah.Sudah dapat berkahwin dengannya pun kira dah bersyukur tak terkata.Ini pula suruh tinggal bersama!Memang sesuai betul dengan peribahasa pucuk dicita ulam mendatang.
“Aku bukan apa nanti apa orang kata pulak!Kita kan dah kahwin ekspress.Tak kan nak tinggal asing-asing pulak!So apa kata mulai sekarang kita bagi-bagikan kerja rumah okey!Supaya kemudian hari tak ungkit cerita,deal?” tawar Akmal sambil menghulur tangan sebagai tanda persetujuan.
“Deal!Aku no problem.” Farhana terus menyambut huluran suaminya.
“Okey,so macam nilah aku fikir kau kan dah tukar shift malam sebelum shift lama tukar balik kat hospital so kau akan ada kat rumah waktu pagi.Jadik kerja kau ialah kemas rumah,lipat kain dan pergi pasar.Then kau hanya perlu buat makan malam.Breakfast aku buat.Aku tau kau balik nanti penat,kain baju aku basuh and sidai.Is`t enough?”
“Oh…”belum sempat Farhana menyambung Akmal terlebih dahulu memintasnya “one more baju aku tak payah gosok.Just do it yourself.Kau tak perlu risau duduk kat rumah aku.Aku jarang ada kat rumah.”
‘Bukan tulah aku nak kau jawab.”gumam Farhana sambil tangannya mengeluarkan track suit dan baju t-shirt lengan panjang. “Oh,okey.Aku no problem je.”jawab Farhana sebelum masuk ke tandas untuk menukar pakaian.
“Thank you Hana.Kau memang kawan terbaiklah!”ujar Akmal sebelum memejamkan mata dek kepenatan majlis mereka.Farhana menoleh kebelakangkan seketika mendengar perkataan yang dilontarkan oleh Akmal.
Kau memang kawan terbaiklah….kau memang kawan terbaiklah!
Sampai bilalah kau masih nak mengganggap aku sebagai kawan?Sampai bila?Air mata mengalir laju menuruni pipi.Namun cepat-cepat aku mengesat air mata dan mengingati diriku.Ini baru permulaannya!
                     If you could see that I'm the one who understands you
                Been here all along so why can't you see?

=====
Farhana merenung skrin telifonnya.Kebiasaannya malam-malam pasti suaminya akan menghantar pesanan ringkas.Suaminya kini sudah tukar pekerjaan jadik pengkritik khas masakannya.Dia sedar yang dia punya masakan memang teruk.Pernah masa hari itu,dia masak asam pedas rasa manis! Tersalah bubuh garam jadik gula!
Kena gelak dia dengan suaminya.Namun berkat tengok resepi kat internet la dia pandai masak.Kalau tak,tak taulah! Nasib baik lagi, bila waktu dia masak suaminya tiada di rumah.Mana taknya,mereka punya shift tak sama.Itulah yang diharapkan Akmal.
Bagi Akmal,suaminya.Dia tak mahu jatuh cinta pada sahabatnya yang sudah berjasa menolongnya.Terlalu banyak jasanya dan dia mahu terus setia mencintai Emily.Patutkah dia buat begitu pada isterinya,Farhana? Perinsip yang dipegang selama ini ialah Perempuan ada air mata sebagai SENJATA.Lelaki ada ego sebagai PERISAI”.
Esok cuti.Pagi pergi belanja barang dapur yok?” mesej Akmal.Fuhh,panjang umur.Baru sebut!
“Okey.Ingat Sabtu nanti rumah mak awak ada kenduri!”laju Farhana menekan-nekan askara ditelifonnya.
“Err..ok kita gerak hari Jumaat la.”baru sahaja Farhana hendak balas.Namun seorang jururawat sudah memanggilnya untuk merawat mangsa kemalangan.Tak pe nanti saya balas!
==
Perjalanan dari Johor ke Kedah memang memakan masa yang agak lama.Naik letih badannya duduk dalam kereta ni.Sampai sahaja Sungai Buluh, Akmal memberhentikan keretanya.Ngatuknya tak terkata! Dia yang melihat Farhana tidur tersenguk-sengguk meletakkan kepala Farhana ke bahunya.Entah dia sendiri tidak faham kenapa dia mesti buat begitu!
Sedar-sedar sahaja Farhana membawa dua cawan kopi sebelum Farhana pula memandu kereta itu.Sudah berkali-kali Akmal menegahnya namun Farhana tetap degil!Katanya  takut sampai sana lambat la!Akmal bawa macam kura-kurala!Haish!
====
“Mami,nak masak menu apa nanti esok?Boleh saya siapkan bahan-bahannya”ujar Farhana yang sibuk mengemas barang-barang yang baru dibelinya di dapur.
“Oh ingat nak masak nasi putih jela.Lauk ayam masak merah,nangka masak lemak,sambal goreng dengan serunding.Hana rasa ada apa-apa yang patut ditambah tak?”
“Rasanya dah ok la menu tu.Kalau macam tu ,Hana siang ayam dulu la,mami.”Farhana membawa plastik merah besar yang berisi ayam ke singki.
“Hana ,mana laki awak.Tak turun-turun pun dia tolong kita kat dapur ni.Mami tengok Hana dari tadi asyik buat kerja sorang-sorang je! Panggil dia suruh siang ayam sekali”  arah mami.
‘Ala kenapa mesti buat kerja dengan mamat tu! Walaupun aku suka dia tapi aku tak mau la kalau kitaorang buat kerja sama-sama! Malu la!”desis Farhana sebelum berlalu ke atas.
“Wei Akmal mami kau panggil suruh kau tolong dia sekarang!”ujar Farhana kepada Akmal yang sedang membaca surat khabar.
“Asal pulak?kau kan ada buat apa aku kena tolong pulak?” Farhana hanya menggelengkan kepala sahaja sebelum keluar dari bilik.Aiseyh! ingatkan bila dah ada isteri dia dah cuci tangan bab-bab menolong ibunya di dapur tapi nampaknya belum!
==
Akmal duduk di pangkin hadapan rumahnya.Penat sungguh rasanya hari ini.Namun apabila dikenangkan balik ada senyuman terukir dibibirnya.Farhana!
Pandai betul dia menyesuaikan diri dengan keluarganya.Walaupun dia baru masuk dalam keluarganaya namun dia tidak kekok langsung melayan mereka dari budak kecil sampai nenek dia pun,dilayannya.Saudara maranya pulak tak habis-habis mengusik mereka.Bila nak ada baby ni?ayat faveret tu!
Huh boleh bercantum kening aku bila fikirkannya! Baby? Tak mungkinlah terjadi! Aku kan setia pada Emily!lagipun Farhanakan dah ada pakwe.Aku ni just Fake Husband dia je!
TAPI??
Entahlah susah nak describe perasaan aku sekarang ni! Aku tak tau kenapa aku nak dekat dengan Farhana!! Nak tau pasal diri dia! Nak lindungi dia!..Mungkin semua perasaan tu normal kot untuk lelaki yang dah berkahwin.Maybe?
“woi!”tepuk Farhana dari belakang.
“huh! Semangat.Kau dah kenapa?”tanya Akmal yang terkejut.
“Hekeleh,baru tepuk dah menjerit macam pondan! Tak malu!.....” Akmal menarik pipi Farhana yang ingin menyambung percakapannya.Auww..sakit tau!Farhana menggosok-gosok pipinya.Farhana mengembungkan pipinya pulak.Biaselah senaman muka.
“Next week shift kau balik semula ke asalkan? Ada doktor perempuan baru masukkan?”tanya Akmal.
“Ha`ah.Dah gapo? Hang nak pasang baru ka?”
“Ha`ah.Boleh?” tanya Akmal sambil mengelip-gelipkan matanya.Farhana terus tersenyum lalu menganguk.Boleh sangat kalau nak makan selipar?
“bagus isteriku! Kaulah yang terbaik!Kalau semua isteri aku macam kau memang bagusla! ” ujar Akmal sambil menggosok kepala Farhana yang ditutupi tudung.
“haha!tengok kakilah bro!”
“Hah? Riak pulak tu! Ni yang nak kena hukum ni! Pantang puji sikit”
“Hukum pe?”mata Akmal sudah memberikan signal nakal!
“Adala…”Farhana sudah mengejamkan matanya.Takut!Belum sempat buat apa-apa dah disergah oleh mami pulak.Kantoi!
“hish! Kamu berdua ni.Pergi masuk bilik cepat buat aksi tak baik je kat luar ni!Nasib baik mami nampak..”marah mami.Muka Farhana terasa bahang!Akmal pula lantas menarik pegelangan tangan Farhana dah membawa masuk bilik! Biarlah mereka sahaja yang tahu apa yang perlu dibuat!
===
“Farhana tie abang mana?” jerit Akmal dari tingkat atas penthouse mereka.
“Sat..”Lantas Farhana mengelapkan tangannya seraya menanggalkan apronnya dan naik ke atas.
“Nah..ni tienya?”hulur Farhana namun tidak disambut oleh Akmal.
“ikatkan lah yang”paut Akmal dilehernya.Mau tak mau terpaksalah jugak! Gedik betul laki dia ni sekarang! Tak padan dulu dia yang tak ingin!Usai sahaja dia mengikat tali leher, suaminya mencium dahinya.
“Yang , apasal tak siap lagi? You tak kerja ke?” hairan Akmal tengok Farhana yang masih memakai baju tidur.Farhana terus merenggankan pautan dan lari berdesup ke bilik air. Nilah masalah kalau jadik wanita berkerjaya! Tak cukup tangan nak buat! Nasib baik belum ada anak!
“Lunch nanti tunggu I tau!” ujar Akmal kepada Farhana sebelum keluar dari perut kereta. Seperti biasa,Farhana akan menyalami suaminya dan Akmal akan mengucup dahi isterinya.Alhamdulillah , syukurlah! mungkin Farhana memang jodoh dia. Bahagia rasanya dia kini walaupun masih belum melupakan Emily sepenuhnya namun kata maminya perlu didengarinya.Takkanlah dia nak sia-siakan perkahwinannya.Sudah jumpa wanita yang baik,apa tunggu lagi? Takkan nak tunggu Emily yang tak pasti.Farhana pun sudah boleh terima dirinya dan dia sudah berjanji dengan dirinya agar lebih menghargai dirinya.
“I dah kata dah jodoh you all memang rapat!”ujar Dr Chan sebaik sahaja dia tahu Akmal dengan Farhana bernikah.
“Aku dah agak dah korang ni dari dulu memang dah macam belangkas tapi tak ngaku! Last -last kahwin jugak!” komen Rizman.Akmal hanya tergelak sahaja mendengarnya.
AKMAL SOORY 4 EVERYTHING.I NEED UR HELP!MEET ME AT STARBUCK 2 A.M. Text dari Emily dibaca berulang kali!
Nak jumpa ke tak nak ea? Tapi dia dah janji dengan Farhana lunch nanti. Tapi Emily mungkin memang betul dalam kesusahan? Isteri atau bekas kekasih?
I`M SOORY. I CANT LUNCH WITH U TODAY! pesanan ringkas dari Akmal.
==
Emily yang sudah terhenjut menangis di bahu Akmal terasa seperti ringan sikit kepalanya kerana dapat berkongsi cerita.Bukan dia sengaja menghilangkan diri sewaktu majlis perkahwinannya.Namun dia telah diculik dan dirogol oleh Asyraf.
Dia berasa sangat jijik dengan dirinya sekarang.Sejak hari itu dia tidak pernah bertemu dengan Asyraf lagi! Hendak diluahkan kepada kedua ibu bapanya.Pasti mereka tidak percaya! Apalagi setelah mereka dihina oleh orang kampung kerana anak gadisnya lari sewaktu majlis pernikahannya. Sekarang dia sudah meninggalkan rumah itu takut rahsia dia sudah menggandung anak Asyraf terbongkar.
Dia sudah tidak tahu lagi siapa yang harus dia minta tolong.Hanya Akmal sahaja harapannya untuk jadi ayah kepada bayi yang bakal dilahrikannya ini.Itu sahajalah yang mampu untuk memadamkan semula arang dimuka ibubapanya. Akmal yang mendengar cerita Emily turut bersimpati dengan gadis itu. Tak sangka yang Emily betul-betul ditimpa masalah.Kalau dia tahu jadi begini, tak akan dia menikahi Farhana.
Sedang dia mengusap-usap rambut Emily telifon bimbitnya berbunyi menandakan mesej masuk.
Abang, mlm ni blik awl tau! Sya dh msak kat uma!” Pesanan ringkas Farhana.
“Emily,I akan  bincang dulu dengan Farhana perkara ni.You balik rumah rest dulu ye!” ujar Akmal sebelum pamit pulang.Namun Emily seakan tidak mahu melepaskannya.Dia berharap sangat agar Akmal dapat menolongnya.Dia tahu Akmal bukan suka sangat kahwin dengan Farhana.Farhana Cuma penyelamat keadaan je dari malu!
“Sorry Emily,but I have to go now”Emily mula mereganngankan gengamannya pada tangan Akmal.
Akmal yang pulang lesu ke rumah terkejut dengan keadaan rumahnya yang gelap.Takkan terlupa bayar bil kot??Namun dia pelik apasal rumahnya bau wangi sangat.Serius loya semacam dah tekak aku ni!
CANDLE LIGHT DINNER? Hari ni ada yang special ke? Farhana hanya tersenyum memandang suaminya yang baru pulang.Dia menarik suaminya untuk duduk di meja makan.Akmal hanya menurut sahaja.Apa yang buat isterinya senyum je dari tadi?Pelik? Banyak betul lauk yang dimasak!
“Hana kenapa membazir ni?” tanya Akmal.Namun Farhana hanya melemparkan senyuman.
“Abang, Hana bukan nak membazir.Sayur ni dah lama duk tanam anggur kat peti ais.Takkan nak tunggu sampai layu kot!”
“tapi siapa nak makan banyak-banyak macam ni?”
“Abangla”Akmal sudah mengelengkan kepalanya.Fikiran tengah runsing, mood makan dah terbang la! Tapi kerana ingin menjaga hati Farhana,Akmal cuba untuk makan.Memang masakan isterinya makin bagus!Tapi….selepas beberapa suap.
“Sorry Hana but I have to say this! Abang dah makan kat luar tadi.I`m still full!”ujar Akmal sambil memegang perutnya.Farhana terus berhenti makan..
“It`s okey kalau abang dah kenyang.Abang mungkin tak sempat baca mesej saya ye?” kata Farhana lalu meletakan sudu dan garfu di tepi pinggan.
“Sorry, I appreciate yang sayang dah lakukan yang terbaik.Tapi abang memang betul-betul tak boleh masuk dah ni!Thanks dear!’kucup Akmal didahi sebelum naik ke bilik.Farhana hanya memandang suaminya dari ekor matanya. Dia ingat malam ni dia ingin memberitahu Akmal yang dia kini sedang menagndungkan zuriat mereka.Sebab itulah dia balik awal untuk menyediakan makan malam yang romantik bersama suaminya.Namun suaminya tidak sedikit pun beri impak positif terhadap apa yang dia lakukan.
Farhana masuk ke bilik selepas siap membersihkan sisa makanan di dapur. Sementara Akmal masih menonton cerita CSI di bilik.Dia pasti kalau suaminya duduk di sofa waktu malam macam ni mesti ada masalah la tu!
Farhana mengambil tempat disebelah suaminya lalu mengurut-urut bahu Akmal“Abang kenapa ni? Ada masalah ke? Kongsilah dengan saya.”ujar Farhana.

‘ hmm ”
“cerita jela! Kalau boleh bantu, saya akan bantu” Akmal buntu patutkah dia luahkannya.
“Abang, sebenarnya nak minta kebenaran Hana boleh?” ujar Akmal lambat-lambat.
“ apa dia bang?”
“boleh tak kalau abang….nikah dengan….Emily?” Farhana memberhentikan urutannya dibahu Akmal. Emily back! Kenapa mesti sekarang? Farhana mula rasa sebak namun dia mesti tenang.Tidak mungkinlah Akmal suka-suka berkata begitu.Pasti ada alasan tersendiri. Thiknk positive! All is well, right?
“Boleh tak,hana?” tanya Akmal lagi.
“Ermm, sebelum saya bagi jawapan boleh abang terangkan kenapa ye?” tanya Farhana tenang namun dalam hatinya sudah bergelodak.Akmal mula menerangkan segala-galanya tentang apa yang terjadi kepada Emily. Memang kesian nasib Emily!
Tapi aku sanggup ke bermadu? Tapi kalau dia nikah dengan Akmal pasti aku dilupakan! Tamakkah aku?
“Hana maafkan abang tapi abang kesian kepada Emily.Dia tak tau nak mintak tolong siapa! Tengok keadaan dia pun tak terurus sedangkan dia mengandung.Pastu mesti kalau anak dia dah besar tak de ayah kan kesian!Abang janji abang akan berlaku adil” ujar Akmal sambil mengelus tangan isterinya mengharap agar isterinya mengerti.
Farhana yang tadi hanya menuduk sahaja kini mendongak.Jika itu yang ayah kau mau nak, ibu rela kongsi kasih sayang ayahmu nak.Ibu tak sanggup lihat dia menderita lagi hidup disamping ibu kalau hati pada orang lain”ujar Farhana kepada benih yang baru bercambah dirahimnya.
“kalau itu yang abang nak,Hana merelakan”lantas Akmal mencium dahi isterinya.
“Terima kasih,sayang!” ujar Akmal sebelum keluar dari bilik untuk menelefon Emily.

        Can't you see that I'm the one who understands you?
        Been here all along so why can't you see?

Tinggal sehari lagi sebelum majlis akad nikah suaminya dengan Emily berlangsung. Namun dia masih menyiapkan barang hantaran yang bakal diterima oleh pihak perempuan. Sedang dia sibuk mengubah,lagu di hari persandinganmu bernyanyi dicorong radio.Malam esok dia ingat hendak pulang ke rumah ibunya.Lama tak jumpa ibunya.Biarlah Akmal dan Emily menghabiskan masa berdua bersama.
Selamat wahai pengatin baru,semoga bahagia
Ke anak cucu,selamat tinggal oh sayangku
Semoga gembira selalu…


Sejak akhir-akhir ini Akmal selalu rasa letih sahaja.Kerap muntah dan demam.Selalunya dialah yang paling susah dijangkiti kuman.Ini tidak semakin tarikh pernikahannya dengan Emily semakin dekat,semakin keraplah dia sakit!
Dia bercadang untuk tanya Rizman namun lelaki itu sibuk pula dengan isterinya Sarah. Malam esok Emily bakal menjadi isterinya.Rasa macam berdebar-debar pulak.Maminya memang marah dengan keputusannya untuk bernikah lagi satu.Namun,entah ayat magik apalah yang Farhana pakai mami mula tenang sikit.Maminya takut sangat kalau dia tidak boleh berlaku adil dengan isteri-isterinya nanti.
===
AKU TERIMA NIKAHNYA  Amalina Abu Mansor dengan mas kahwinnya……”ujar Akmal sebelum seorang lelaki menjerit nama Emily.
“Nanti dulu! Pernikahan ini tak boleh dijalankan!” kata lelaki itu.
Semua orang memandangnya dengan rasa pelik dan perasaan ingin tahu.
“ dia dah mengandung anak saya.Tak kan awak nak jadi pak sanggup. Isteri awak sendiri pun mengandung awak tak kesahkan dia!” semua orang terkejut dengan pengakuan lelaki itu.Berani mati betul lelaki itu! Farhana mengandung anak aku? Biar betul?
Mami yang dari tadi duduk disebelah Emily mula jatuh pengsan.Akmal yang tersedar terus membatalkan niatnya untuk menikahi Emily.Memandangkan Asyraf bapa sebenar anak yang dikandungkan Emily itu ada di sini,lebih baik kalau dia saja yang menikahi Emily.
Ibu bapa Emily sudah menagis mengenangkan berita yang baru diterimanya.Malu rasanya muka mereka! Tak sangka yang Emily dah mengandung sebelum bernikah. Akmal datang ke Asyaraf yang berada disamping Emily dan dia ingin minta Asyraf sahaja yang menggantikan dirinya sebelum membawa maminya ke hospital.


“ABANG ,mak macam mana?”tanya Farhana sewaktu sampai sahaja di hospital.Terkejut dia bila dikhabarkan bahawa ibu mertuanya pengsan sewaktu majlis akad nikah suaminya.Tak tahulah sebab apa dia pengsan kerana dia terburu-buru membawa kereta.
Akmal yang mendengar suara isterinya lantas dipeluknya.Farhana pelik?
“Emily mana?” tanya Farhana namun suaminya masih tidak melepaskannya.Dia pulak naik rimas dan malu.
“Kenapa Hana tak bagitau abang Hana pregnant?” tanya Akmal.
“hah?”
“Hana ingat abang tak tau ye?Asyraf dah terangkan segala-galanya.Isteri Man pun kata yang sayang memang tengah mengandung.Kenapa mami jahat ea baby tak bagitau daddy pun baby ada kat dalam?” ujar Akmal sambil mengusap perut isterinya yang tidak kelihatan lagi. lagi.Farhana hanya tersenyum pahit mengingati Asyraf lelaki yang dijumpa dekat tasik Y sewaktu dia tengah menagis kerana Akmal ingin menikahi Emily.Tak sangka pula yang Asyraf tu bapa kepada anak yang dikandungkan Emily.Kecil sungguh dunia ni!

“ abang janganlah macam ni! Kalau Emily nampakkan dia kecil hati. Abang ingat ye abang mesti adil!” ujar Farhana perlahan.Dia tahu lambat laun Akmal pasti tahu punya.
“Kalau abang tak nak?”
“Jangan macam tulah bang.Dosa tau…!” belum sempat Farhana menghabiskan kata-katanya Akmal meletakkan jarinya dibibir Farhana tanda senyap.
“Abang tak jadi nikah dengan dia.Asyraf datang! So buat apa nak adilkan baby? Mama ni!” Farhana mula ketawa.Ya Allah terima kasih Ya Allah.Sesungguhnya hati aku masih belum rela untuk melihat suaminku berkahwin dua.
“Maafkan abang tak perasan kasih sayang,sayang! Abang memang buta! Kerana tak tau menilaikan kaca dan permata!Abang janji akan mencintai sayang sepenuh hati dan jadi ayah yang terbaik untuk anak-anak kita!”ujar Akmal sambil mencium-cium tangan isterinya memohon kemaafan.
“Saya dah lama maafkan abang! You belong with me abang!” ujar Farhana.Inilah yang dimahukan selama ini, suami yang mencintainya setulus hati.
           
                          Have you ever thought just maybe
                     You belong with me J